Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

aA + bB


Tajuk : aA + bB
Penulis : Hlovate
Penerbit: Jemari Seni

"Who's says there's nothing more complicated than E=MC² ? There's something much more complicated; it's called emotion."

Salah satu favorite aku. Bahasa yang simple dan santai. Aku memang suka style penulisan Hlovate. Actually aku dah khatam banyak kali buku ni.
Sebabnya? Aku suka cerita ini. :) 


Aku suka BENZ dan ADDIN.


Addin seorang doktor muda yang mempunyai kehidupan keluarga yang bahagia. Dia ada kembar lelaki yang sayangkan dia, abangnya Addi a.k.a Kucai. Namun kehidupannya berubah macam pantai yang baru dilanda tsunami bila terpaksa berkahwin dengan Benz lelaki yang dibencinya sejak zaman sekolahnya. Ngeee...

(aku tahu banyak novel Melayu cerita 'kahwin ter-paksa-pastu jatuh cinta' di pasaran..tapi buku ini LAIN olahannya..jadi jangan risau, skemanya lain..hehehe).

Walaupun tinggal serumah dan berlakon baik depan mak bapak masing-masing tapi bagi Addin kemarahannya pada Benz terhadap apa yang berlaku pada tahun-tahun persekolahan mereka dahulu masih kuat dalam ingatannya. Ex Head girl + ex taiko. Mana boleh ngam ma... Tanpa pengetahuan Addin, untuk mendekati isteri yang disayanginya sejak dulu lagi Benz menjadi Aie. Addin yang kebetulan sesat ketika di Belanda bertemu dengan Aie yang ketika itu serabai dengan rambut panjang gaya bohemian dan disitulah persahabatan mereka bermula. Sehingga kembali meneruskan kehidupan di Malaysia mereka berhubung melalui internet. Dengan Aie Addin senang meluahkan segala. Dengan Benz dia membisu seribu bahasa. Dalam rumah mereka hanya pembantu rumah Chik yang menjadi orang perantara.

Bagi Addin Benz ialah: "...pemusnah alam! Perosak langit ke tujuh! Patogen punya creature..!"

Keadaan berubah bila Nina adik Benz datang bertandang. Mereka terpaksa berbaik dan pura-pura mesra sebab tidak mahu keadaan sebenar rumahtangga mereka diketahui Nina. Tapi kemesraan yang dibuat-buat itu berlanjutan selepas Nina pulang. Addin menyedari Benz tidaklah seteruk yang disangkakan. Lantas mereka menjadi kawan baik. 

"Di!"
Addin terhenti di kaki tangga. "What?"
"Nanti apabila you jatuh cinta bagi tau I."
"Ek?"
Benz berpaling merenungnya. "I teringin nak tengok macam mana cinta cairkan besi." Dia menarik sengih.
"Angau!"

Untuk membuat Addin cemburu Benz mewujudkan Dora konon kekasih sehati sejiwanya. Malangnya Addin memberi galakkan positif pula. Agggghhh hati siapa tidak kecewa.

"Kenapa? you jealous?" Benz senyum. "pasal I nak menari dengan Dora?"
Addin menjulingkan mata."Puh-lease.."

Tapi sampai bila Benz terpaksa jadi Aie? Apa terjadi bila Addin a.k.a Didi yang dicintainya mengetahui perkara sebenar sedangkan segala-galanya sedang bermula antara mereka? Cintakah Addin pada Benz?

"siapa aku pada dia? A pal? A roomate? A brother? Never a husband?" - BENZ

"Ich liebe dich"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org