Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

Bilik 616.


Tajuk : Bilik 616
Penulis   : Zaifuzaman Ahmad
Penerbit : Grup buku Karangkraf
Tebal       : 532 m/s

"mampukah kau lari dari kesilapan semalam?"

Novel seram ini sebenarnya ringkas sahaja, malah selepas membacanya aku terbiasa membayangkan hantunya yang lebih kurang sama macam Ju On atau pun The Ring. Ceritanya berkisar tentang penulis sebuah majalah misteri Azhar yang cuba merungkaikan misteri orang hilang di sebuah resort di Melaka. Kejadian aneh ini mempertemukan dia dengan kumpulan pemburu entiti, Roslan dan Ringgo. Roslan dan Ringgo aktif dengan kelab mistik mereka tetapi telah kehilanggan Fuad yang menarik diri kerana serik setelah mereka benar-benar bertembung dengan entiti di sebuah sekolah lama.

Irene Tan anak kepada pemilik resort Robert Tan pada mulanya enggan membenarkan Azhar menyiasat punca orang hilang di bilik 616. Tetapi bila pekerjanya sendiri 'diusik' oleh entiti tersebut dia mula goyah. Walaupun dia enggan mempercayai kewujudan hantu namun kebenaran disebalik kes itu mesti dicari. Sesiapa yang menginap dibilik 616 pasti akan hilang. Akhirnya kumpulan Roslan dan Azhar sendiri bermalam di tempat yang menyeramkan tersebut. Kebenaran yang ingin mereka ketahui terpaksa dibayar dengan nyawa Ringgo. Ringgo lenyap macam mangsa-mangsa yang lain.

Tetapi apa yang ditemui selepas itu amat menakutkan. Melalui kamera yang telah mereka pasang awal-awal, mereka mendapati semua mangsa hilang dalam peti televisyen di ruang bilik itu. Penyiasatan mereka telah mengaitkan sesuatu yang lebih mengejutkan. Mereka telah membuka semula dosa silam yang terpendam dengan kejam.

"mangsa-mangsa yang hilang kali ini tidak dikembalikan. Kalau begitu ke mana mereka pergi?"

Kisah ini boleh tahan menarik tetapi jalan ceritanya berlansung agak lambat. Rasanya kalau dialog yang tak perlu dicaras, ceritanya ini akan lebih mantap. Apa pun sesiapa yang minat dengan novel seram bolehlah cuba novel ini. Pengakhiran cerita aku tak bolehlah beritahu nanti tak suspen...hahaha...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org