Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

Bini aku tomboy ke?


Tajuk : Bini aku tomboy ke?
Penulis : Arisa Eriza
Penerbit : Kaki Novel Interprise


Apa jadi bila si tomboy jatuh cinta dengan seorang lelaki? hehehe.. kepada yang mahukan hiburan ringan dan tak mahu serabutkan kepala otak bolehlah cuba membelek-belek novel romantik komedi nih. Bahasanya memang simple dan sempoi. Elok jugak bagi meluruskan perut yang senak. XD



Kisahnya Sofi Zarill a.k.a Zack yang comel dan hensem lagi berada (agaknya cute macam hero drama korea kot) telah 'terjatuh' hati dengan tidak sengaja kepada Abang Din seorang pekerja kedai yang poketnya daif tapi baik hati. Selepas begnya dicuri ketika baru sampai ke Kuala Lumpur, Zack mendapat pertolongan dari Abang Din malah menginap di pondok a.k.a rumah Abang Din. Macam-macam salah faham dilalui selepas beg dan ICnya hilang. Polis pun tak percaya dia perempuan...siap kena siasat secara 'dalaman' untuk buktikan kejantinaannya..iks..iks..

Abang Din pulak mati-mati menyangka si Zack ni lelaki. Ialah dadanya dah diikat dengan bengkung ketat-ketat jadi tak nampaklah ‘bukit’ tu...rata saja..pulak tu perangai memang macam jantan habis...bila dah duduk dengan lelaki adalah sikit masalah kena sorok. Nak mandi pun kena hati-hati. Lama-lama Abang Din ada feeling pulak dengan Zack. Dia risaulah sebab dia sangka dia dah jadi gay. Hahaha..

Mak bapak si Zack pulak nak kenenkan si Zack dengan Azim rakan baik sejak kecik-kecik lagi @ si kasanova mangkuk putih (istilah Zack). Mulanya biasalah si Azim takde mood gak dengan 'kejantanan' Zack ni tapi lama-lama dia terberkenanlah pulak. Namun begitu Azim agak terlambat sebab hati Zack telah terpaut dengan Abang Din. Bila tahu Zack anak orang kaya, Abang Din merasa jaraknya dengan budak bertuah tu macam langit dengan bumi. Lalu dia pergi membawa diri..

Di rumahnya ada Arin budak perempuan comel macam kitten merangkap pembantu rumah baru tapi selalu dibuli Zack. Arin menyampah dengan 'anak lelaki' tuan rumah ni tapi kemudian dia terjatuh hati dengan sikap Zack yang mengambil berat dan romantik sampailah dia dapat tahu Zack ni sebenarnya perempuan.. kecewalah sekejap..hehehe..Arin ni pulak ada masalahnya yang tersendiri..(korang baca sendirilah..XD)

So kalau rasa nak tersengeh sorang-sorang bolehlah dibaca novel ni yek. Apa jadi dengan cinta Abang Din, cinta Si Azim, bila pulak Abang Din tahu si Zack ni sebenarnya perempuan, selesai tak masalah si Arin, berubah tak si Zack ni jadi perempuan..jeng..jeng..jeng..

Aku cerita setakat ni ajelah..kalau berminat dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda. Sesuai untuk remaja atau mereka yang mempunyai otak gila-gila sahaja tau. Just for Fun!

p/s: walaupun novel ringan tapi ada juga mesej kemasyarakatannya..


1. Bersyukur dengan apa yang tuhan beri dan jadikan.


2. Berpenampilan macam jatina lain secara 100% (lelaki / perempuan) hanya mengelirukan dan mengundang masalah.


3. Jangan memandang atau menghukum orang setakat pandangan luaran sahaja.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org