Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

22 March 2012

cik bunga dan encik sombong


Tajuk: Cik Bunga dan Encik Sombong
Penulis: Airisz
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Tebal: 593 m/s

" untuk hidup berdua haruslah setia..."

Hah! cerita ni best...aku baca berkali-kali jugaklah..tak banyak konflik cuma adegan serang menyerang aje...

Intan Asnidar gadis kedai bunga yang biasa-biasa sahaja. Cantik pun tidak tapi manis ada. Hehehe...datang daripada keluarga besar dari kampung yang meriah penuh dengan bendang. Tapi takdir jodohnya sudah tersurat dengan Harris Isqandar, CEO dan anak orang kaya yang wajahnya macam model iklan. Dengan kata lain Intan jadi bidan terjun di hari pertunangan Harris bila Erny Humairah lari dari majlis.

Betapa gelabah si Intan yang dibayar untuk jadi pengantin Harris. Betapa kelam kabut jiwa raganya bila hal itu terpaksa melibatkan keluarganya di kampung. Kalau boleh dia tak mahu terlibat dengan drama hidup Harris yang rumit tetapi bila sudah terlanjur kata sukar hendak ditarik balik. Bolehkah lelaki kaya dari bandar itu bercampur gaul dengan orang kampungnya yang saban hari berbau bendang?

"Tapi encik, saya memang tak sesuai dengan encik. Encik anak Datuk, anak Datin. saya ni cuma anak petani. Ayah saya kerja bendang. Kita tak padan. Encik tak malu ke kahwin dengan anak petani? nanti maruah encik juga yang jatuh. Encik memang pentingkan maruah, bukan?"

Namun perlahan-lahan hati Intan mula terikat dengan Harris. Layanan dan tanggungjawab Harris memaksa hatinya jatuh cinta. Kesederhanaan dan rendah diri Harris di depan keluarganya membuatkan Intan tidak ingin melepaskan lelaki itu kembali ke sisi Erny Humairah. Biarpun dia sentiasa diherdik, dihina perempuan itu. Biarpun terpaksa menelan kebencian Datin Nora ibu Harris sendiri, Intan tetap tidak mahu meninggalkan lelaki itu.

Sampai satu saat nyawa Intan mula jadi perhatian. Namun musibah itu terkena pada Harris. Harris koma. Bila tersedar, Harris tahu dia perlu meninggalkan ibunya yang sudah melampau untuk menghancurkan rumahtangganya. Selama ini dia sangat melindungi Intan dari dilukai ibunya namun ancaman bunuh itu membuatkan Harris putus asa dengan wanita yang bergelar ibunya itu. Hanya kerana harta ibunya tidak nampak kebahagian keluarga mereka yang musnah satu demi satu.

Harris mahu jadi orang kampung. Hidup sederhana dan biasa-biasa. Jadi tokey kilang padi pun okay juga. Lalu jadilah Intan isteri tokey kilang padi yang segak tetapi mahu anak sampai sembilan orang...

"Abang juga mahu Intan menerima abang seadanya juga. Dan kita akan berusaha untuk membahagiakan rumahtangga kita. Insya-Allah. Inilah syurga kita di dunia dan kita perlu menjaga syurga ini sebaik mungkin. Abang tak mengharapkan apa-apa lagi kecuali hidup bahagia."

Bertahankah istana yang dibina ala-ala bidan terjun itu? Terhakiskah kebencian Datin Nora terhadap menantunya sendiri? Apa lagi usaha Erny hendak merampas balik hati Harris yang tak pernah dimilikinya itu?

Secara jujurnya novel ini boleh buat kita tersenyum, konflik tak banyak sangat cuma tingkah laku Datin Nora dan Erny masih boleh dipersoalkan. Kedua watak ini digambarkan berkedudukan dan berpelajaran tinggi. Jadi adegan kerap menyerang si Intan dengan tangan dan mulut itu tidak berapa sesuai. Sebab rasanya lebih baik jika watak tersebut dijadikan lebih licik dan bijak  mengatur strategi jahat. Cara senyap akan nampak lebih 'masuk' untuk gaya orang yang berkedudukan. Apa pun aku terhibur dengan novel ini..(^__^)v

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org