Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

cinta dari istana


Tajuk: Cinta Dari Istana
Penulis: Adah Hamidah
Penerbit: Fajar Pakeer
Tebal: 632 m/s

semegah hikayat cinta dunia
sehebat itulah cinta beta buat dirinya
seorang putera raja rakyat biasa!

Puteri Mahkota Nur Shaafiah membawa diri ke Malaysia berikutan enggan ditabal menaiki tahta oleh ibundanya kerana dia memikirkan kekandanya Putera Mahkota Indera Kareef lebih layak menjadi ketua negara. Penyamarannya secara tidak sengaja menemukan dia dengan Ra'if Arjuna duda beranak satu yang memerlukan pengasuh untuk menjaga anaknya Puteri Darwisyah.

Mulanya sang puteri sangat kekok tinggal di situ apatah lagi menjadi pengasuh rakyat biasa. Maklumlah di istana semua tersedia. Lama-lama dia mula kasih pada Darwisyah. Dia mula cinta pada Ra'if Arjuna. Bila penyamarannya terbongkar kemarahan Ra'if tidak terbendung. Sang puteri dihalau keluar walau hati Ra'if pedih bukan kepalang. Pantang dia menjadi perampas tunang orang. Ra'if rela kecewa dari menjadi perosak hubungan istana.

Puas sang puteri memohon maaf sampai menghantar rombongan pinangan namun Ra'if menyepi diri. Lalu sang puteri mula berasa marah dan jauh hati. Peliknya tak kala hatinya mula membeku Ra'if muncul dengan sengaja. Tapi untuk apa? Dia enggan terluka lagi...
Berjayakah Ra'if membawa kembali cintanya keluar dari istana? 
Terpujukkah rajuk sang puteri kesayangannya itu?

"Buatlah, apa yang awak suka. Tapi jangan ingat saya akan lepaskan awak lagi. Jangan ingat saya tak mampu nak buat apa yang awak pernah buat pada saya. Awak tunggu dan lihat macam mana saya bawa cinta saya keluar dari istana...sampai awak lansung tak dapat nak lepaskan diri lagi daripada hembusan nafas saya!"

p/s: boleh tahan ceritanya...(^___^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org