Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

26 March 2012

Cinta kau dan Aku.


Tajuk: Cinta Kau Dan Aku
Penulis: SITI ROSMIZAH
Penerbit:BUKU PRIMA
Tebal: 679 m/s

"hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku
 tanpa dirimu kuhanya manusia tanpa cinta."

Farish Hakimi jatuh cinta pandang pertama pada seraut wajah comel milik Farisya ketika gadis berpenampilan tomboy itu menyerbu masuk kebiliknya kerana  Farish melanggarnya dan berlalu tanpa meminta maaf. Kebetulan dia ke syarikat itu adalah disebabkan interview nak jadi driver bos. (Driver? hehehe)...



"Brother, wa tak suka cari pasal tapi cara lu langgar wa tadi di depan pintu lif tanpa minta maaf, dah kira melampau tau! Tak kiralah lu bos kat sini. Wa tetap ada hak untuk mempertahankan maruah wa. Apa lu ingat, lu langgar tu, tunggul kayu? Berbudi bahasalah sikit, brother. Wa tak suka betullah, dah besar-besar pun nak kena tegur."

Keberanian Farisya menegurnya dan keselambaan gadis itu menyebabkan Farish melantiknya menjadi driver peribadinya. Jadi bermulalah kisah bos dan si drivernya yang sempoi. Kemudian Mak Timah ibu Farisya di kampung pula diserang sakit jantung. Farish rela menampung kos pembedahan yang tinggi tapi Mak Timah buat syarat yang tak masuk akal bagi Farisya...si bos yang handsome tu kena kahwin dengan anaknya! Barulah dia mahu menerima pertolongan tersebut. Pulak dah...

Pucuk dicipta ulam mendatang. Farish memang nak sangat-sangat. Tapi Farisya fikir lain pula. Dia tidak mahu bosnya dapat malu dan susah. Manalah setanding driver jadi isteri bos! Lalu berpakatlah si mulut sempoi ni dengan Zamilah dan Zack kapcai. Zack kapcai dipaksa kahwin dengan dia. Apa lagi seramlah mamat tu..main kahwin olok-olok pulak.

Tapi apa yang dirancang tak jadi. Mak Timah dapat tahu dulu. Hari kahwin terus pengantin lelaki bertukar. Farish Hakimi selamat menjadi suaminya. Mulanya mereka memang bahagia tetapi selepas kemunculan adik Farish, Farah dan bekas cinta pertama Farish, si Suraya, segala-galanya mula porak peranda. Mereka berdua merancang bersungguh-sungguh untuk memisahkan Farish dan Farisya. Ini semua gara-gara dendam Farah. Ini juga sebab Suraya nak merampas balik hati Farish. Akibat  fitnah mereka, akhirnya Farish membuang Farisya dengan hati remuk rendam.

Dalam kelukaan Farisya itu muncul lelaki yang dulu pernah ditolak cintanya, Zulhaimi. Dia hadir mengubati lukanya yang parah. Namun hidup Zulhaimi tidak lama. Pengorbanan Zulhaimi membawa Farisya bertaut kembali dengan Farish padahal hatinya sudah beku dan dingin.

Masih adakah sisa cinta dan kemaafan buat Farish bila ternyata selama ini mereka hanya mangsa dendam? Masih adakah lagi sayang buat Farish bila fitnah ke atas Farisya itu adalah dusta dan keputusan melulunya menyebabkan hati isterinya hancur dan membunuh anaknya sendiri?

Mmmm...kepuasan baca novel ini tak sama dengan air tangan penulis yang satu lagi bertajuk Lafazkanlah Kalimah Cintamu (saya cukup terhibur dengan novel yang ini). Macam ada rasa tak puas hati dengan cara Farish dimaafkan. Pelik ya watak Farah saya dapat terima keinsafannya walhal dialah punca segalanya. Tapi saya rasa Farish patut dapat lebih teruk sebab dia orang yang tercinta tapi membuang dan mengucap kata-kata pedas pada orang yang dicintainya dengan kejam dan terburu-buru (emolah pulak aku ni...)

Apa pun enjoy! Hehehehe....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org