Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

GILA-GILA DI LANGIT BIRU



Tajuk       : Gila-gila di langit biru
                 (The Sky is Crazy)
Penerbit  : Marshall Cavendish Editions
Penulis    : Yvonne Lee



Jom kita berlepas bersamanya! Pas masuk tidak diperlukan, tali pinggang keselamatan tidak diwajibkan.







Mari meringankan otak membaca kisah benar pengalaman seorang pramugari yang ditulis dengan bahasa yang segar dan mudah (juga lucu). Sebelum membaca buku ini macam orang lain juga, aku cuma membayangkan tugas seorang pramugari cukup mudah dan mempunyai peluang yang cukup luas menjejakkan kaki ke seluruh dunia.

Tapi selepas membaca naskah ini barulah aku tahu susah juga rupanya menjadi seorang pramugari. Bak kata sang penulis; ketika di udara mereka si pramugari perlu bersiap sedia kalau terpaksa menjadi 'bidan', menjadi penyelesai masalah perselisihan faham penumpang, menjadi pengasuh kanak-kanak, meramal keadaan cuaca, sebagai pembancuh minuman, 'pencari bom', 'ahli bomba', 'ahli paramedik', dan mereka juga kena tahu berkenaan maklumat tentang kebudayaan, pengajian asing, peraturan imigresen sehinggalah mekanisme pesawat! (dah macam internet bergerak).

Yvonne Lee bercerita pengalamannya daripada melayan kerenah penumpang, menghadapi situasi cemas, ragam anak kapal dan pengalaman teman-teman seperjuangannya serta kisah-kisah penumpang yang menaiki pesawat.

Antaranya bagaimana mereka berhadapan dengan penumpang yang degil enggan memakai talipinggang keselamatan, merokok dalam tandas, yang berkelakuan tidak senonoh, mabuk, penumpang yang gatal, yang enggan matikan telifon bimbit, yang khayal dan macam-macam lagi ragam.

Buku ini terbahagi dalam bab-bab pendek dengan cerita yang berlainan memudahkan kita menghadam pengalaman yang diceritakan oleh Yvonne dan setiap bab mempunyai tajuk yang mengujakan sampai anda boleh membaca mana-mana bab tanpa menurut turutan. Cubalah yek! mana tahu kalau ada yang bercita-cita ingin jadi pramugari buku ini boleh menjadi panduan sampingan. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org