Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

Harga BUKU paling best di Book Xcess!

Petang sabtu yang indah. Bersama teman aku ke Amcorp Mall di PJ. Kalau naik kereta dari Taman Melawati dalam setengah jam gak la..tapi kalau nak naik Putra LRT boleh turun kat Taman Jaya (kalau tak silaplah). Tempat yang hendak dituju pastilah kedai buku moden termurah Book Xcess!

(Kedai ini hanya menjual buku-buku berbahasa Inggeris sahaja.)

Hehehe...kepada siapa yang belum jejak sini...diumumkan sekali lagi; kedai buku paling murah! Harganya boleh buat orang yang gila buku melopong. Jatuh rahang! Macam aku. 

Dulu kedai ni kecik aje..sekarang dah besarrrr...semua harga buku sangat-sangat murah dari kedai buku yang lain. Contohnya kalau buku tulisan Sophie Kinsella berkulit keras harganya boleh capai hampir sembilan puluh ringgit tapi jika di sini hanya RM 17.90! Rata-rata novel berharga sekitar RM 6.90 sehingga 17.90. Bayangkan buku-buku James Patterson, Dean Koontz, Meg cabot, Mary Higgins Clark atau Stephenie Meyer boleh didapati dengan harga tersebut!


Aku rembat satu novel Sophie Kinsella...hehehe..bulan depan confirm datang lagi. Kalau siapa yang tak suka novel, boleh dapatkan buku-buku non fiksyen, biografi dan lain-lain dengan harga yang sangat murah. Misalnya buku yang harganya beratus ringgit kat luar, boleh jadi cuma RM 24 atau RM 34 atau RM 49, lepas tu kalau jadi ahli ada lagi diskaun. Puas hati!

Lepas penat merabunkan mata melihat buku-buku tu kami turun ke tingkat bawah yang ada jual barang-barang antik, setem, syiling lama, cd dan piring hitam antik, replika dan macam-macamlah. Kalau tak silap gerai khas ni hanya ada setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja. Kedai lain macam kompleks beli belah lain jugalah...lebih kurang sama. Datanglah kalau boring-boring duk kat rumah tu...hehehe..(aku ni macam promoter pulak dah..)

Apa pun..malam ni aku ada buku baru nak di baca! Ngeh ngeh ngeh...

p/s: Leo geram tak dapat ikut. Tido sampai pengsan..hahahaha


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org