Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

Ingat Janji Kita


Tajuk: Ingat Janji Kita
Penulis: Murni Aqila
Penerbit: Alaf 21
Tebal: 515 m/s


   'realiti terasa fantasi kerana hati ini sudah kau  miliki'.

Kerana terdesak Raimi meminta teman baiknya Adi yang bekerja di stesyen minyak menyamar sebagai perempuan merangkap kekasihnya demi mengelak daripada disatukan dengan calon pilihan Tok Jalal. Lalu muncullah 'Adinida'.

Entah bagaimana hatinya tiba-tiba jatuh cinta dengan wajah 'perempuan' Adi. Apa dia sudah gila jatuh hati dengan lelaki jambu macam Adi? Tambahan pula Tok Jalal merestui dia memilih 'kekasihnya' itu. Datuknya kemudian memintanya berkahwin dalam masa terdekat. Raimi mula jadi gelabah.

Sakit hati kerana Raimi bakal menjadi milik orang lain Maya pula menjalankan rancangan busuknya untuk merebut Raimi. Namun jodoh itu hanya Allah yang menentukan. Rupanya Adi sememangnya perempuan sejati. Perempuan yang penuh rahsia hidup. Anak yatim yang teraniaya dan tertindas. Tidak cukup dengan derita hidup di bawah tekanan wanita kejam bernama Kalsom, Adi  a.k.a  Adinida dihina pula oleh Rozita ibu mertuanya sendiri ekoran hasutan Maya. Adi tidak tahan lagi dirinya dinjak-injak seperti tiada harga diri. Dia sudah muak menyulam duka.

Pertemuan dengan nenek kandungnya menyingkap sejarah masa kecilnya yang kelam. Dia mula ingat kejadian sebenar sehingga watak 'Adi' wujud melenyapkan 'Adinida'. Dia mula jelas dengan segala perbuatan Kalsom. Adi yang telah menjadi Adinida nekad untuk mencari bahagia yang hilang lantas mahu melupakan terus suaminya yang dicintai. Buat apa bersama jika hanya derita yang dia terima.

Raimi pula tidak rela kehilangan isterinya. Dia kesal kerana tidak menyelami masa lalu Adinida. Dia kesal kerana tidak peka dengan perasaan gadis itu. Lalu perbuatan jahat Maya dibongkar di depan ibunya Rozita. Menyesal pun tidak berguna lagi bagi Rozita sebab menantunya itu telah pun pergi membawa diri.

Raimi: Saya mahu bersama awak. Saya nak menempuh hai-hari yang mendatang bersama awak. Kita bina hidup baru dan melupakan kisah lalu awak. Saya akan tetap bersama awak...ketika susah dan senang , ketika suka dan duka.

Bertemukah kembali Raimi dengan Adinida? Terpujukkah kembali hati Adinida yang retak seribu? Bencikah dia dengan Rozita?

Hud: Nak tahu...baca sendiri..hehehe...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org