Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

22 March 2012

kampung girl

Tajuk: Kampung Girl
Penulis: Umi Kalsom
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Tebal: 547 m/s

"dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy!"

Begini ceritanya...jeng jeng jeng!

Ashraf Khairi jejaka bandar yang kerek giler, hati batu dan suka sangat memandang rendah pada sepupunya Ainnur yang berasal dari kampung. Kononnya budak kampung bodoh dan tak setaraf dia.

Ainnur pulak sejak dari awal remaja lagi dengan muka tak malunya sudah suka sangat dekat sepupu bandarnya itu. Memang teruk jugalah dia di ejek dan di kutuk oleh mulut laser Ashraf. Namun semua itu Ainnur telan dalam hati. Rasa cinta yang telah tertanam lama itu tidak mampu hilang dengan kebencian yang ditunjuk oleh Ashraf.

Tetapi Ashraf tidak dapat lari dari Ainnur bila ibunya sendiri memilih gadis itu sebagai menantunya. Makin benganglah dia bila sepupu yang pernah dia gelar 'nenek kebayan miang' itu akan menjadi teman hidupnya. Tapi apa yang Ashraf tidak tahu 'nenek kebayan'nya itu bukan gadis kampung yang biasa. Bukan gadis kampung seperti yang disangkanya selama ini.

Jadi sanggupkah Ainnur bersabar melayan kerenah Ashraf yang menyakitkan hati? Sabarkah dia menunggu lelaki itu membuka hati untuknya?

" Gila apa pulak? Aku cakap yang betullah. Takkan kau nak tidur atas katil ni, tak takut aku buat apa-apa ke?"
Ainnur mencebik. Huh! suami siapalah ini? Sudahlah tidak romantik. Menyakitkan hati lagi!

Benar kata orang sabar pun ada hadnya. Rasa tidak dihargai membuatkan Ainnur membawa hati dan kali ini suaminya pula yang macam kucing hilang anak. Tak pasal-pasal nak kena belajar cara-cara memikat kembali isteri yang merajuk. Tapi betul ke dia memang sudah jatuh cinta pada si Ainnur Azmi?

Lain kali jangan kerek dengan orang kampung! heh heh heh..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org