Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

22 March 2012

Kau, Aku, Kita.


Tajuk: Kau, Aku, Kita.
Penulis: Orkid Edyliyne
Penerbit: Fajar Fakeer Sdn Bhd
Tebal: 374 m/s

" Tak pernah berlaku macam ni. Pengantin lelaki dengan pengantin perempuan, dua-dua nama sama. Iman Firdaus."

Kisah hati antara Iman Firdaus dan Iman Firdaus. Dua-dua punya nama yang serupa. Bezanya yang seorang adalah lelaki digelar Aus dan seorang lagi perempuan dipanggil Iman. Secara kebetulan Iman bertemu Aus ketika lari dari penagih hutang a.ka. mafia.  Aus seorang pelakon terkenal pula lari sebab ingat peminat sedang mengejarnya! hehehe...

Iman yang jenis kasar dan selamba badak itu dengan cepat aje boleh menerima si Aus yang pada mula dianggapnya gila tu sebagai kawan. Yalah naik bas pun tak tahu, pulak tu perasan handsome! Di perkenalkan kepada Aus berderet-deret adik-adik lelakinya yang masih kecik-kecik dan Aus mula terlibat  dalam dunia Iman yang serba kekurangan harta benda.

Nasib Iman berubah bila Aus terpaksa menunaikan kehendak ibu dan bapanya supaya dia cepat-cepat berkahwin. Bapanya dah fed-up dengan gosip-gosip dirinya dengan dua tiga orang wanita. Maklumlah pelakon terkenal...oleh itu Aus merayu Iman menyelamatkannya.

" Kau baru kenal aku dua hari Aus. Tak sampai 48 jam. Kau nak suruh aku jadi isteri kau?"

Iman bersetuju bila dengan cara itu nasib adik-adiknya boleh terbela. Lalu jadilah macam-macam adegan lucu selepas mereka mula hidup bersama. Nampaklah ragam-ragam senonoh tak senonoh masing-masing. Aus yang kuat membebel dan mengusik. Iman yang sensitif dan ganas. Bila dua-dua dah begitu perangainya akan jatuh cintakah dua-dua si Iman Firdaus ini?

" Syaratnya senang aje. Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya."

Ahhh...siapa yang tengah serabut buat asaimen atau kerja tu berhentilah kejap, baca novel gila-gila ni...gerenti gelak sorang-sorang...ngeh ngeh ngeh...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org