Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

Lafazkan Kalimah Cintamu



Tajuk: Lafazkan Kalimah Cintamu
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit: SR Publication
Tebal: 810 m/s

Baca novel ni aku bergelak ketawa sambil nak menangis. Ketawa dengan perangai selamba badak Tengku Aqilah tapi sedih bila dia menitipkan kata-kata akhir ketika nak masuk bilik pembedahan.

Novel tulisan Siti Rosmizah yang ini memang aku suka sangat. Suka sebab bila buat salah Tengku Ryan Ameer kena kaw-kaw. Lepas tu Tengku Natasha yang eksyen tak bertempat tu insaf kaw-kaw, lepas tu bapak dia yang kerek gila tu pun nangis bagai nak rak...hahahaha..(kejam gak aku nih!)


Kisahnya Tengku Hisyam benci sangatttt pada anak bongsunya sendiri kerana menganggap anaknya itu pembawa sial. Kerana Tengku Aqilah, isterinya yang dicintai berkorban nyawa. Akibatnya Tengku Aqilah biasa berdikari sejak kecil. Menumpang pula kasih dengan orang gaji seolah-olah dia sebatang kara. Namun wasiat dari bapa saudaranya mengubah hidup Tengku Aqilah. Tengku Hisyam dan anaknya Tengku Natasya mula membuat rancangan. Demi harta tidak jatuh ke tangan Tengku Aqilah, Tengku Ryan Ameer sepupu mereka, merangkap kekasih Tengku Natasya terpaksa berkorban mengahwini orang yang dibencinya Tengku Aqilah.

Perjanjian perkahwinan itu berlansung selama enam bulan. Jika selepas enam bulan Tengku Ryan bernikah dengan Tengku Aqilah dengan memenuhi segala syarat-syarat yang tertera barulah syer sebanyak empat puluh peratus dalam syarikat, menjadi hak milik Tengku Ryan. Jika tidak semuanya akan jatuh ke tangan Tengku Aqilah. Tengku Aqilah bersetuju bila merasakan dengan cara ini dia mendapat peluang mendekati bapanya sendiri. Pada mulanya Tengku Ryan langsung tidak ada hati untuk berbaik-baik dengan isterinya tambahan lagi mulut Tengku Aqilah sama laser dengan mulutnya sendiri. Sudahlah muka macam tepung gomak. hahaha..

Namun tuhan itu maha kuasa. Tengku Ryan akhirnya melihat perangai sebenar Tengku Natasha. Tengku Hisyam pula macam baru dibaling batu bila Tengku Natasya dengan seselambanya meninggalkannya yang sakit untuk bercuti di Paris. Baru padan muka bila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh lari macam tu aje sebab tak kuasa nak cuci najis bapa sendiri.

Akhirnya anak yang dibenci sejak lahir itulah yang siang malam menjaganya penuh takzim. Perlahan-lahan juga Tengku Ryan mula berat hati untuk meninggalkan Tengku Aqilah. Tengku Hisyam pula mula insaf dengan dosa-dosanya mengabaikan anaknya itu tambahan pula selama ini dia bagaikan tidak reda dengan qada' dan qadar tuhan. Berkat kesabarannya dalam dua minggu menjaga bapanya yang sakit Tengku Aqilah dianugerah kasih sayang mendalam dari Tengku Hisyam dan Tengku Ryan Ameer.

Apa jadi dengan Tengku Natasya? Balik saja ke rumah semuanya telah berubah. Tengku Aqilah bukan lagi si kuli, si buruk atau anak sial tetapi dialah  permata hati bapa dan suaminya. Naik hantulah si Natasya. Cakapnya sudah tidak laku. Tak dapat cara halus dia guna cara setan pula. Habis berantakkan rumahtangga Tengku Ryan dan Aqilah. Bila kebenaran terserlah Natasya keluar dari rumah. Tapi bila duit tak ada, kawan pula menjadi lawan, Tengku Natasya mula menyesal. Di saat dia bergelumang dengan penyesalannya seorang insan mulia menghulurkan tangan dan hatinya. Insan yang selama ini tidak dipandangnya walau sebelah mata pun. Sanggupkah Tengku Natasya menyambutnya setelah dia merasakan dirinya perempuan hodoh yang tidak layak untuk mana-mana lelaki?

Tengku Aqilah menyesal menuduh suaminya melulu tapi apakan daya Tengku Ryan telah berjauh hati. Namun sikap ego suaminya lebih melukakan hati Aqilah. Ketika disahkan terkena barah payudara di saat mengandung anak pertama, Tengku Aqilah membawa diri tanpa pengetahuan Tengku Ryan. Selama hilangnya Aqilah, Tengku Ryan menderita. Menderita kerana baru dia sedar betapa dia menyintai isterinya itu. Tambah besar penyesalannya bila dia akhirnya mendapat tahu isterinya menderita penyakit yang sama dengan arwah isteri Tengku Hisyam.  Sempatkah Tengku Ryan menebus dosa dan keegoannya terhadap Tengku Aqilah? Mampukah dia menempuh hari-hari mendatang tanpa Tengku Aqilah yang nyawanya bagai telur di hujung tanduk?

Kenapa semua orang tergamak merahsiakan perkara ini dari Ryan pa? Fiq, Rul korang nampak penderitaan aku selama tiga bulan ni kan, sampai hati kau rahsiakan perkara penting ni dari aku. Yang sedang sakit tu isteri aku, tahu tak? Jahat sangat ke Ryan ni pa, sampai tak layak nak berada di sisi isteri di kala dia sakit? 3 bulan pa, 3 bulan hidup Ryan cukup sensara dan rupanya 3 bulan jugak isteri Ryan sedang bertarung dengan penyakitnya. kenapa semua orang buat Ryan macam ni pa? kenapa pa?

Jangan risau...novel ni nampak macam sedih tapi happy ending tau! Aku ni kalau novel tu tak happy ending jangan harap aku nak baca...sebab bagi aku hidup kat luar dah serabut otak...so bila baca novel aku suka baca cerita yang boleh menggembirakan. Bukan yang cerita endingnya kita pulak kena fikir sendiri. Kecualilah cerita tu berbentuk psiko. Hehehehe....selamat membaca...(^___^)v

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org