Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

M.A.I.D


Tajuk: M.A.I.D
Penulis:  Suri Ryana
Penerbit: Kaki Novel
Tebal: 753 m/s

" ya Allah Noorul...takkan goreng ikan pun kau tak tahu? Masak nasi tahu tak? Haih..habislah kau kalau macam ni. Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat Noorul."

Noorul gadis biasa-biasa yang kehilangan kerja sejak kilang kicap ditutup. Pergi temuduga pun susah nak dapat kerja. Akhirnya dia pergi saja ke pejabat Agensi Mencari Perkerjaan. Dapat kerja sebagai pembantu rumah di kediaman mewah. Tapi majikannya amatlah cerewet lalu Noorul menggelarnya Mr.F (Fussy).

Mmmm...sebenarnya ketika membaca novel romantik komedi ni..aku terbayangkan drama Korea. Watak-wataknya sebijik macam karekter pelakon Korea. Apatah lagi penulis membayangkan Mr. F  a.k.a  Harris sebijik hensem macam lelaki Korea. (hehehe..)

Kisahnya pertama kali bertembung dengan Mr. F si Noorul awal-awal lagi dah kena tengking. Noorul ni jenis yang kelam kabut dan gabra sikit. Lucu juga bila dia berusaha menyorokkan identitinya dari Mr. F. Yalah Mr. F cuma suruh maidnya mengemas dan masak makan malam saja. Maidnya pulak tak tinggal di rumahnya melainkan datang kerja dengan skuter. Mr. F balik rumah selepas Noorul habis kerja, jadi mereka tidak bertemu muka melainkan bercakap di telefon ataupun arahan disampaikan melalui kertas yang dilekatkan di sana-sini dalam rumah itu.  Sehinggalah Haikal adiknya sendiri yang memperkenalkan Noorul.

Sejak dah kenal Noorul rajin pulak Mr. F tertinggal barang atau balik rumah. Cuma yang Noorul bengang Mr. F ni kuat berkira, cerewet, kuat tengking-tengking dia dan susah nak senyum!  Sikit-sikit nak potong gaji !

Namun tanpa sedar ada orang yang sakit hati. Ada orang yang berdendam dengan Noorul. Lalu tersebarlah gambar dan fitnah yang menyebabkan dia 'terkahwin' dengan Mr. F. Walaupun dalam hati Noorul memang menyintai Mr. F namun dia sedar Mr. F tak ada hati lansung padanya. Lagi sakit otak bila kekasih lama Mr. F masih berharap untuk kembali semula dan bakal menantu pilihan ibu Mr. F pun cuba merampas Mr. F dengan cara yang keji.

Namun bila Noorul sudah menjadi isterinya yang sah, Mr. F tidak lagi secengil dulu. Noorul mula melihat sisi yang lain dalam diri lelaki itu. Sayangnya makin bercambah. Semakin lama semakin dapat digapai dasar hati manusia yang digelar cerewet itu. Ada cinta di situ. Barulah dia tahu ada namanya terukir di hati Mr. F. Bukan baru malah sejak pertama kali mereka terserempak dalam lif.

Bersama kekuatan cinta itu Noorul menghadapi fitnah yang melanda dirinya dengan tenang. Akan dicari dalang tersebut. Perkahwinannya akan dipertahankan sedaya mungkin. Sebab lelaki yang dicintainya berdiri teguh disisinya!

p/s: minggu ni baca novel jer..sampai si Leo membebel sebab aku tak layan dia macam selalu. Banyak kali Leo memanjat atas perut aku dengan badannya yang berat hampir 6 kg tu..adoi...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org