Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

Ngeri.




Tajuk: Ngeri
Penulis: Gina Yap Lai Yoong
Penerbit: Buku Fixi
Tebal: 231 m/s

Kisah tiga pelajar universiti Samuel, Rehan dan  Joanne yang bercita-cita mahu menjadi pembikin filem terhebat. Untuk assigment berkumpulan Samuel yang lebih suka membuat cerita-cerita berbentuk ngeri dan psiko telah menghasilkan skrip-skrip filem ekstrem. Anehnya setiap kali Profesor Bazri menolak skrip mereka dengan alasan tidak logik, pembunuhan berpandukan skrip itu telah terjadi. Masyarakat mula menjadi gempar kerana pembunuhan yang berlaku terlalu ngeri.



Tangan dan kaki mangsa terapung di udara disokong oleh berpuluh-puluh besi halus dari pelbagai arah. Dawai besi halus itu diikat pada kebanyakkan sendi mangsa seperti lutut, siku, pergelangan tangan dan kaki. Pernafasannya terhenti apabila melihat muka mangsa. Hancur. Seakan-akan dikakis. Kulit muka mangsa musnah sehingga tidak dapat dikenali wajahnya. Mulut mangsa ternganga dengan lidah terkeluar.

Akibat skrip yang menakutkan itu Profesor Bazri dilanda kebimbangan. Dia mula curiga dengan pelajar bertiga tersebut. Dalam pada itu penolong Profesor Bazri, Leonard di minta untuk membimbing kumpulan tersebut agar menyiapkan tugasan dan menghasilkan skrip yang lebih mudah. Skrip mereka yang terakhir bertajuk 'Terperangkap Dalam Rumah'. Tapi skrip yang ini mangsanya ialah Profesor Bazri sendiri.

Siapa sebenarnya mastermind disebalik kejadian ngeri itu? Samuel? Joanne? atau Rehan? atau ada orang lain yang telah mengambil kesempatan?

Novel ini mempunyai gaya bahasa yang padat, tak meleret-leret dan mudah difahami. Walaupun penulisnya berbangsa Cina tetapi bahasanya bagus. Puas hati membacanya!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org