Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

Pembunuhan di Universiti Hagoromo


Tajuk: Pembunuhan di Universiti Hagoromo
Penulis: Jiro Akagawa
Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd
Tebal: 300 m/s
(Siri Kucing Triwarna 1)

Siri ini diterjemah dari bahasa Jepun dan ditulis oleh seorang penulis yang memang  terkenal di Jepun. Siri pertama ini mengisahkan pembunuhan sadis pelajar Universiti Hagoromo yang menggemparkan. Katayama polis muda yang tinggal bersama dengan adik perempuannya Harumi di minta menyiasat kes pelacuran di universiti itu kerana pelajar-pelajar yang mati adalah pelacur sambilan.



"menurut teman sekerjanya yang berada ditempat kejadian pada hari itu, semua yang melihat keadaan mayat pasti akan berasa hendak muntah. Seluruh bilik itu berlumuran dengan darah seperti dikelilingi laut darah. Kepala dan tangan pelajar perempuan itu tergantung di katil manakala matanya membulat seolah-olah masih hidup. Lebih mengerikan, organ dalamannya yang terkeluar dari perut yang dibelah bertaburan di lantai."

Penyiasatan Katayama menemukannya dengan pelbagai kes yang berkaitan seperti rasuah tender pembinaan asrama pelajar baru dan ugutan ke atas pensyarah yang kaya Morisaki. Morisaki merupakan rakan kepada Inspektor Mitamura yang dihormati Katayama adik beradik. Dalam kes ini Katayama jatuh cinta dengan Yukiko kekasih Morisaki yang cantik yang merupakan salah seorang pelajar di situ.

Kemudian Morisaki dibunuh dengan misteri. Kucing Morisaki, Homuzu seperti bertekad untuk membalas dendam untuk tuannya. Dalam siri ini Homuzu merupakan kucing istimewa yang sentiasa bersama-sama Katayama mencari petunjuk dan membongkar kejahatan yang tersembunyi. Kerana Morisaki telah mati, Homuzu memilih Katayama sebagai tuan barunya.

Agak menarik bila kita mula sedikit demi sedikit dapat meneka siapa dalang di sebalik kejadian-kejadian yang berlaku dan watak-watak yang tidak disangka muncul sebagai penjahat yang sebenar. Siapa pembunuh yang ala-ala Jack The Ripper? siapa ketua dalang pelacuran di universiti tersebut?  Siapa pembunuh Morisaki?  Mengapa bom kotak rokok berada dengan Komine si warden dan menyebabkan kepalanya berkecai?  kenapa pula kerusi meja di curi dalam semalam?  Setiap watak di dalam novel ini adalah saling berkaitan dengan kejadian. Semuanya terlibat sama ada baik atau sebaliknya.

Dalam masa dua jam aku dah tahu jawapannya...hehehehe...
Sesuai untuk bacaan ketika kebosanan. :)

Sedikit mengenai penulis.
Jiro Akagawa merupakan seorang daripada sepuluh orang penulis terkenal yang menerima royalti tertinggi di Jepun. Dia lahir pada 29.2.1948 dan telah menghasilkan 480 buah novel sepanjang 35 tahun menjadi penulis (waaa...kagum..). Karya-karyanya telah banyak dijadikan animasi dan filem

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org