Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

Rayyan Fantasi



Tajuk : Rayyan Fantasi
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Tebal: 545 m/s


               apa yang terfikir..itu ada!

Hah, siapa peminat buku-buku Ramli Awang Murshid (RAM) jangan lupa dapatkan buku ini. Naskhah yang ini lain dari yang biasa RAM tampilkan.

Kisah bermula pada hujan lebat bila Pak Markum membantu seorang lelaki bernama Ibrahim dan bayinya Aiddin tanpa mengetahui identiti sebenar mereka. Ibrahim dikahwinkan dengan anak gadisnya Supinah dan mereka hidup bahagia di daerah harmoni Kundasang.

Namun kisah silam Ibrahim datang mengganggu gugat kehidupan baru Ibrahim anak beranak. Ibrahim mula diburu kebimbangan akan nyawa keluarganya. Lalu rahsianya diceritakan kepada Pak Markum. Orang tua itu dapat menerima dengan tenang siapa Ibrahim dan Aiddin.

Ramos seorang pembunuh upahan datang menuntut kepala Ibrahim namun malang bagi Ramos, Ibrahim bukan semudah yang disangka. Ibrahim mula berfikir untuk berpindah ke semenanjung. Kebetulan Aiddin diterima masuk ke UKM dan ini menyebabkan rancangan Ibrahim untuk jauh dari Kundasang beralasan walaupun dia sendiri keberatan untuk meninggalkan daerah tersebut.

Aiddin menjalani kehidupan universiti seperti remaja lain tanpa menyedari kelainan dirinya. Tanpa dia sedari kuasanya mulai membentuk dan ciri-ciri dirinya yang sebenar mulai menampakkan rupa. Perubahan itu ditafsirkan pula sebagai barah tahap keempat di dunia manusia. Oleh sebab itu Aiddin ingin mendaki gunung Kinabalu untuk melihat dunia buat kali terakhir. Dia kemudian hilang secara misteri di kawasan gunung tersebut.

Kehilangannya memaksa Ibrahim mengungkap rahsia mereka kepada Supinah. Isterinya terperanjat dan merasa tertipu. Pada mulanya Supinah tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Namun rasa cinta dan kerinduan akhirnya menyebabkannya pasrah dengan takdir dan menerima suaminya kembali.

Selepas lima tahun Aiddin muncul kembali tetapi keadaan sudah berubah. Feena tunangnya dulu telah berkahwin dengan Zaidan rakan mereka ketika di UKM dan memiliki seorang cahaya mata. Kawan-kawan yang lain juga telah membawa haluan masing-masing. Mereka amat terkejut dengan kemunculan Aiddin lebih-lebih lagi Zaidan yang sebelum ini amat mencemburui hubungan Feena dan Aiddin. Dia begitu bimbang Feena akan kembali kepada lelaki tersebut.

Jeng-jeng-jeng..SIAPAKAH AIDDIN dan IBRAHIM? loyar? majistret? doktor?...ahli muzik...
AHLI MUZIK???

Hahaha..bagi suspen sikit..(^____^)v

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org