Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

Sutera Bidadari


Tajuk: Sutera Bidadari
Penulis: Ramli Awang Murshid (RAM)
Penerbit: Alaf 21
Tebal: 547 m/s

"Hanya nama-Mu sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini..."

Novel ini merupakan kesinambungan dari novel sebelumnya iaitu Cinta Sufi oleh RAM. Kisah pengembaraan Laksamana Sunan atau Saifudin menentang dunia kegelapan Taghut. Dalam kisah ini Saifudin yang tercedera telah dijaga oleh Hang Tuah sehingga dia benar-benar sembuh untuk meneruskan perjuangan menentang Taghut yang tidak putus-putus mahu melakukan kemungkaran.

Sementara itu Taghut yang asyik kalah kepada Saifudin telah dilucutkan kesaktiannya oleh Sang Petala dan di bawa kembali ke tanah negeri asalnya di Romania. Jadi Taghut, manusia yang telah hidup beribu tahun di bawah kuasa sihir syaitan bertukar kembali menjadi manusia tua. Sejarah dirinya mula diimbas kembali sebagai Raja Roman yang kejam tetapi sangat menyintai permaisurinya yang mati membunuh diri. Raja Roman bertekad untuk melakukan pertarungan terakhir dengan Laksamana Sunan.

Kembara Saifudin ke negeri atas angin tempat beradanya Taghut telah ditemani oleh Panglima Awang Bagan, sahabatnya Sadik, Abdol Rohman, Catalina @ Maryam, dan Luna makhluk bangsa Polip yang bersayap. Maryam wanita bangsawan Portugis dan Luna sama-sama menyintai Saifudin tetapi bukan mudah lelaki berduka dari Tanah Rencong itu membuka hatinya pada mana-mana wanita setelah kematian Ratna isteri tercintanya.

Dalam episod ini juga muncul watak Sang Dewi yang sentiasa menganggu Saifudin secara ghaib. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan yang wujud selepas runtuhnya kerajaan Pulau Utara. Tetapi siapakah Sang Dewi yang sentiasa memanggil-manggil Saifudin dengan penuh kepiluan?

Raja Roman pula bertemu dangan Doba si pemuda jalanan yang tamak dengan harta makhluk penghisap darah; Vlad The Impaler seekor pontianak Nosferatu yang kejam. Tanpa ragu-ragu Doba memasuki istana tinggalan makhluk berdarah dingin itu. Akibatnya dia menjadi mangsa Vlad. Doba muncul sebagai pengikut sekaligus menjadi hamba kepada syaitan tersebut.

Pada abad ke 21 pula Abid Kamal dan pembantunya Shahril berusaha menjejak keris Nanggroe yang menjadi senjata lagenda Laksamana Sunan di Lisbon, Portugal. Perjalanan itu menemukan mereka dengan Saifullah penjaga amanah Maryam yang kaya tetapi misteri. Saifullah seolah-olah bayangan kepada Laksamana Sunan apatah lagi dia sangat hebat bertarung. Saifullah menjejak makhluk syaitan Drakul yang mahu menghidupkan kembali Vlad The Impaler yang telah dikunci Laksamana Sunan dengan ayat kursi.

"Awak banyak berteka-teki, Tuan Saifullah" Kata Abid Kamal.
"Soalan yang mungkin mengganggu fikiranmu, Saudara Abid..tanyakanlah."
" Apa ke awak ni...Laksamana Sunan?" Abid Kamal tidak melepaskan peluang itu.
" InsyaAllah...Kita akan sama-sama dapat membanteras kejahatan dari dunia kegelapan." Seperti biasa, Saifullah enggan menjawab soalan itu. Dia hanya meleretkan bibirnya membentuk seulas senyuman.

Jika anda peminat novel-novel RAM, lebih-lebih lagi novel pengembaraan Laksamana Sunan jangan lupa baca novel kelima Laksamana Sunan ni ye...hehehehe...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org