Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

Tuan Rumah Pembantu Rumah.


Tajuk: Tuan Rumah Pembantu Rumah
Penulis: Orkid Edyliyne
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn Bhd
Tebal: 517 m/s

"She's my maid. Not yours..."

Areen merupakan anak keluarga berada yang lari dari rumah kerana enggan meneruskan perkahwinan dengan tunangnya Taufeeq yang sering saja curang. Namun membawa diri yang lara ke Vila keluarga Emir Jihan sebagai pembantu rumah tidak membuatkan hidupnya aman tenteram.

Malah belum pun sampai di vila itu anak tuan rumahnya si Emir Jihan telah pun cari pasal dengannya!


Maka bermulalah episod dengki-mendengki dan sakat menyakat antara Areen si minah Korea (dia ni gila sangat dengan artis Korea) dan si Emir a.k.a Xiah (DBSK) celup.

"Hoi!" jerit Emir terperanjat sambil matanya mencerlung tajam ke wajah Areen yang sudah membatu. Air pancur itu tidak dialihkan daripada terus memandikan Emir.
"An-nyong hassayo. Xiah shi," ucap Areen dalam bahasa Korea.

Telatah Areen yang memakai nama Asha di vila itu memang gila-gila. Si Xiah celup telah bertemu buku dengan ruas. Suka menyakat orang akhirnya dia yang terkena kerana si minah Korea bukan sebarangan maid. Dia maid yang tak makan saman!

Lama-lama usik mengusik itu menjadi bunga di hati Emir. Lama-lama juga dia terjatuh hati dengan minah Korea yang kuat mengigau. Apa jadi bila si Xiah celup ini mengetahui identiti sebenar minah Korea? Akan bertepuk sebelah tangankah dia?

No man allowed to enter this room
EXCEPT ayah and abang Iham
Sincerely,
Intan Asha Areen aka pemilik bilik comel ini.
.
.
.
.
plus oppa (Xiah Celup)

p/s: Sape suka drama KOrea? yang ini sebijik macam sedang nonton drama Korea pulak. Kelakar!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org