Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

08 March 2012

TWENTIES GIRL




Tajuk: TWENTIES GIRL
Penulis : SOPHIE KINSELLA
Terbitan: The Dial Press
Tebal: 435 m/s

Novel santai ini mengisahkan Lara Lington dan hantu 'great-aunt'nya si Sadie Lancaster, bersama-sama mencari kalung 'dragonfly' Sadie yang hilang. Menurut Sadie dia memerlukan kalung itu untuk bersemadi dengan aman. Hanya Lara dapat melihat dan mendengar Sadie. Sebelum ini dia tidak mengenali Sadie yang mati dalam usia 105 tahun itu tetapi berkawan baik selepas terserempak di majlis kematian Sadie yang muram. Pelikkan? (^__^).


Dalam pada itu Lara mengalami masalah dalam kerjayanya bila rakan kongsinya dalam L & N Executive Recruitment  bercuti panjang dan meninggalkannya terkapai-kapai menguruskan beberapa masalah syarikat mereka. Lara juga baru ditinggalkan teman lelakinya Josh dan masih belum dapat menerima hakikat tersebut. Kehadiran Sadie telah mengubah hidup Lara.

Tiba-tiba sahaja dia terlibat dengan Ed Harrison dalam temujanji yang pelik. Temujanji yang akhirnya membawa dia dan Ed jatuh hati. Tiba-tiba dia juga berminat mengkaji asal usul sejarah keluarganya walaupun sebelum ini dia lansung tidak ambil pusing. Semuanya sebab Sadie. Namun begitu Lara tidak menyangka pencarian kalung Sadie membuka kepada satu rahsia besar pembohongan bapa saudaranya yang kaya raya tetapi sombong. Kalung itu juga membawa kepada kisah cinta Sadie yang tak kesampaian dengan Stephen Nettleton a.k.a Cecil Malory pelukis terkenal yang karyanya disimpan di London Portrait Gallery. 

Pembongkaran Lara telah  mengubah keseluruhan pandangan masyarakat terhadap Sadie. Sadie tiba-tiba menjadi orang penting selepas kematiannya. 

"Sadie u r the best guardian angel EVER!"


Kalau minat novel ciklit memang best baca buku ni. Kelakar pun ada. Bahasa yang digunakan oleh si penulis memang santai sahaja. Mudah nak mencerna bila otak senak dengan kerja. Kalau nak murah dapatkan di Book Xcess di Amcorp Mall. Hanya RM 17.90. Tapi kedai buku biasa RM 30 ke ataslah. Tak kisahlah janji kalau suka beli aje..hehehe...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org