Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

12 March 2012

Yes Boss!


Tajuk : Yes Boss!
Penulis: Areila Sahimi
Penerbit: Kaki Novel
Tebal: 457 m/s

"bos memang macam tukan? apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, 'yes boss!' "

Manusia bernama Aryana memang tak lekat kerja. Tapi peliknya dia boleh pulak bertahan berkerja di bawah bos yang kaki buli dan berlagak bagus si Ilham Irfan sebagai setiausahanya.

Mulanya Ilham menyampah dengan Aryana sebab ayahnya tidak menuruti kriteria setiausaha yang dikehendakinya ( mesti ala-ala model gitu) tapi dapat pulak si Aryana yang orangnya biasa-biasa saja. Lalu awal-awal lagi dia dah plan nak kick minah tu dari pejabatnya. Tapi Aryana bukan sebarangan orang yang boleh di tendang-tendang. Segala cabaran yang diberi Ilham dituruti dengan jayanya. Masalahnya lama kelamaan Ilham mula bergantung kepada Aryana. Tak ada Aryana susah nak buat kerja! Apatah lagi nak susun jadual pertemuan dengan wanita-wanita kekasihnya agar tidak bertembung . Kalau bertembung, bisa perang dunia ketiga!

Ilham jadi mesra dengan Aryana. Aryana pulak yang mula feeling-feeling. Tapi dia sedar dirinya bukan taraf Ilham jadi perasaan itu tinggal perasaan saja dan tanpa sedar melukakan hatinya sendiri. Kemudian Ilham bertemu Mellina. Ilham menganggap wanita itu cinta hatinya yang selama ini dicari-cari lalu hubungan itu di seriuskan dengan pertunangan. Ilham tidak tahu Mellina rupanya umpan musuh perniagaannya sahaja. Aryana cuba membongkar topeng Mellina namun dia pula dipulau Ilham. Langkah paling senang; pergi saja dari hidup lelaki itu!

Kesedaran hilangnya Aryana buat Ilham tidak keruan. Baru dia sedar dia hanya menyintai Aryana. Tapi gadis itu sudah berjauh hati. Pulak tu macam dah ada peganti. Ilham tak puas hati. Ini tak boleh jadi. So, macamana nak pikat Aryana kembali?

" sebab apa saya kena terima menjadi 'secretary di hati' bos tu?" Sengaja dia berbasa-basi.
"sebab Yana aje yang berkelayakan." Ilham menjawab penuh yakin.
"berkelayakan?"
"Yana pandai masak. Pandai buat kopi. Pandai buat kerja rumah." Kata Ilham.
"pandai..jaga saya," sambungnya perlahan dengan muka tertunduk malu. Sebenarnya gatal!
Aryana mencebik. Dia buat muka. Macam nak suruh jadi bibik aje...

Novel ni sesuai untuk bersantai. Jalan ceritanya lucu. Boleh tergelak sorang-sorang. Walaupun agak streotaip macam novel yang dah melambak dipasaran tapi masih boleh berhibur dengannya. Hah, Abang Madan yang garang tu boleh baca novel ni..bagi gelak-gelak cikit..( ni Kuya yang cakap..hehehe)...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org