Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

11 April 2012

Breaking Dawn

Tajuk: Breaking Dawn
Penulis: Stephenie Meyer

Apa ye aku nak cerita pasal buku ini?

Sebab kebanyakkan orang dah tahu kisah Edward-Bella-Jacob ni. Tapi pada yang hanya tengok movie semata-mata pastilah belum tahu lagi apa yang berlaku pada cerita seterusnya. Cuma dalam semua siri Twilight Saga aku lebih suka baca buku dari menonton filemnya. Buku lebih feeling dan detail.

Tapi buku yang paling best sudah pasti buku yang akhir...hehehe...

Dalam buku ini, Bella Swan dan Edward Cullen akhirnya berkahwin. Oh dah pastilah si Jacob Black kecewa. Bulan madu Bella yang sangat indah pada mulanya dikejutkan dengan kenyataan Bella mengandung dalam jangka masa yang sangat singkat!


Mereka semua kebingungan. Tidak menyangka lansung Edward akan mempunyai anak bersama Bella. Mereka mula menganggap bayi tersebut merbahayakan keselamatan Bella tetapi Bella berkeras untuk mempertahankan anaknya.

Tanpa disangka kejadian tersebut membuatkan Jacob yang pada mulanya mahu menyerang keluarga Cullen menjadi rapat dengan pontianak-pontianak tersebut walaupun dengan keadaan tidak rela pada awalnya. Tapi kerana Bella, Jacob sanggup bertahan.

Apabila bayi tersebut lahir, Jacob mahu membunuhnya untuk membalas dendam ke atas Bella yang diyakininya telah mati.

Anehnya sesaat dia melihat anak itu Jacob telah hilang segala  sakit hati, penderitaannya mencintai Bella dan segala dendamnya. Hatinya berubah serta merta. Ini kerana anak Bella, Renesmee ditakdirkan lahir sebagai kekasih sejati Jacob. Imprintnya.

Hehehe...jadi anda akan dapat bayangkan bagaimana Jacob sentiasa berada di sisi Renesmee dan memanjakannya sampai lupa suatu ketika dulu dia sangat membenci jenis keluarga Cullen.

Tiba-tiba saja serigala jadian dan pontianak boleh bersahabat baik.
Dan tiba-tiba saja Bella mendapati Jacob telah bertukar menjadi bakal menantunya!

Bella menjadi pontianak terkuat di antara mereka dan antara yang paling berbakat di dunia pontianak. Puak Volturi sendiri mula menjadi tidak yakin dengan keupayaan mereka kerana Bella mempunyai kuasa perisai yang kuat.

Mmmm...susah juga nak tulis panjang-panjang sebab kisah ini telah diketahui ramai..tapi kepada sesiapa yang belum baca siri akhir Twilight, nanti anda akan berkenalan dengan beberapa keluarga pontianak yang datang dari segala ceruk seperti The Amazon Coven, The Denali Coven, The Romanian Coven dan lain-lain. Mereka datang bertujuan untuk membantu keluarga Cullen menjadi saksi Renesmee kerana puak Volturi ingin menghapuskan anak kecil itu dengan alasan dia merbahaya.

Last sekali..oh coz lah..happily ever after...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org