Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

23 April 2012

Isteri Separuh Masa

Tajuk: Isteri Separuh Masa
Penulis: Suri Ryana
Penerbit: Kakinovel Enterprise
Tebal: 551 m/s

'demi rasa cinta yang dikurniakan ilahi, aku terus rela menjadi isterinya...walaupun hanya isteri separuh masa.'

Medina Izwani hanyalah anak angkat yang dipelihara sejak kecil. Tetapi dia disayangi seisi keluarga. Kecuali abang angkatnya Nazrin Shah. Kebencian Nazrin bermula bila gara-gara Medina dia gagal mendapat restu keluarga untuk bersama kekasihnya Zita. Sejak itu Nazrin tidak pernah baik dengan adik angkatnya itu. Cakap-cakapnya pun sentiasa menyakitkan hati Medina.

Keadaan bertambah keruh bila keluarga menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin melanjutkan pelajarannya ke luar negeri. Medina terpaksa melupakan hasratnya untuk bersama Megat Shazril. Selama bertahun-tahun Medina hanya menjadi isteri di atas kertas. Mereka berlakon di depan keluarga. Di luar, rumahtangga mereka nampak baik-baik sahaja. Namun di dalam, hanya Medina saja yang tahu betapa terluka hatinya dengan perangai Nazrin.

Tetapi lama kelamaan Nazrin jadi rusuh dengan perasaan sendiri. Dia yang masih berhubung dengan Zita mula mencurigai kesetiaan kekasihnya itu. Hatinya mula ragu-ragu kerana cintanya dirasakan sedang berubah arah sedangkan dulu ketika Medina mengadu tentang kelakuan Zita, dia lansung tidak mahu percaya. Percutian mereka sekeluarga ke Bali membuka pekung Zita dan dalam masa yang sama mencairkan ego dan amarah Nazrin terhadap Medina. Cintakah dia pada Medina?

p/s: kenapa yek..novel yang aku baca kebelakangan ini semua cerita hampir serupa? ke aku yang angau? hahaha...

1 comment:

nadia said...

best tak novel ni ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org