Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

18 April 2012

'keseraman' dan 'psiko'nya JUNJI ITO

Junji Ito merupakan pencipta manga seram di Jepun.
Dia dilahirkan di Gifu pada tahun 1963. Komik-komik seramnya amat ganjil dan luar biasa. Kadang-kadang selepas membacanya kita masih akan terkesan dengan jalan ceritanya yang kejam tetapi unik. Mungkin kerana itu Junji Ito terpilih sebagai pemenang berprestij hadiah Umezu untuk manga seram.

 
Antara karya beliau yang masih bercelaru dalam kepala otak aku ini ialah Uzumaki. Kisah sebuah bandar ganjil yang terlibat dengan obses lubuk pusar. Buku ini ada tiga siri dan kalau membacanya anda memang tak mahu berhenti.
Bagi aku Junji Ito seolah menunjukkan sisi gelap yang aneh dibalik imaginasinya yang diluar kebiasaan.

 
Dan kadang-kadang 'keluarbiasaan' itu menerbitkan rasa yang pelik dan mual.


Tapi dia ini memang benar-benar mempunyai imaginasi yang tinggi!
Antara karya lain yang terkenal ialah Tomie dan Gyo.

p/s: gambar-gambar adalah dari komik UZUMAKI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org