Blog Utama Ketua Pengawas

  • Bercelaru... - Banyak sangat benda yang berlaku dalam tahun ini. Politik, perang, jenayah, kemanusian dan berderet lagi kisah yang tak menyenangkan. Apakah kita sebenar...
    1 week ago

senarai pemegang kad library (^__^)v

23 April 2012

Love You Mr. Arrogant


Tajuk: Love you Mr. Arrogant
Penulis: Aliesha Kirana
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Tebal: 462 m/s

'aku memang gila sebab cintakan kau yang berlagak gila! tapi apa lagi nak di kata, kalau hati dah cinta...'

Novel ringan ini mengingatkan aku akan filem Korea '100 days with Mr. Arrogant'. Ada sikit-sikit pengaruhnya terdapat dalam novel ini.

Entah mengapa jodoh Zaara Amirah tersurat dengan cara tak diduga bersama si Zafriel Irham lelaki bongkak, anak orang kaya yang berlagak amat!

Tanpa perasaan Zaara terpaksa menerima Irham yang sebenarnya ingin lari dari menjadi suami Sherry, wanita gedik yang amat rapat dengan ibunya. Dia benci dengan perempuan itu. Irham lebih rela berkahwin dengan gadis yang tidak dikenalinya dari terikat dengan Sherry.

Hidup Zaara mula haru biru. Dia terpaksa berdepan dengan kebencian ibu mertuanya Puan Seri Maryam dan si Sherry. Zaara juga terganggu dengan perangai psiko Faisal teman sepejabatnya yang tidak dapat menerima hakikat dia sudah jadi milik orang lain. Tidak termasuk lagi dia kena bertahan dengan kerenah Irham yang kerek dan dingin itu.

Puan Seri Maryam mulai merancang untuk memisahkan Zaara dari Irham. Kekerasan hati Irham terhadap Sherry membuatkan Puan Seri Maryam menggunakan helah licik. Helah yang membuatkan Zaara terpaksa membenarkan suaminya berkahwin dengan Sherry. Di saat cinta mula bersemi Zaara rela asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu. Apakah kesudahan cinta mereka? Masihkah si ibu sanggup berkeras lagi?

p/s: Alaa...last sekali oh cozlah hepi...keh keh keh...

2 comments:

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

misz sheyla said...

best sgt ke citer ni??rating berape?? dah lame x beli novel..huhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org