Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

15 May 2012

Cinta Aku Seadanya

Tajuk: Cinta Aku Seadanya
Penulis: Murni Aqila
Penerbit: Alaf 21
Tebal: 501 m/s

"jangan kau kata cinta andai tak bisa membahagiakan"

Bagaikan kisah dongeng si buruk rupa bertemu jodoh dengan si jejaka tampan idaman gadis-gadis. Cuma kisahnya tidaklah sebahagia cerita penglipurlara.

Puan Nafisah si pemilik butik jatuh berkenan dengan Syifa si penjahit manik untuk dipasangkan dengan anak lelaki kacaknya Muszahri. Syifa gadis baik yang mempunyai tanda lahir yang hodoh di mukanya bersifat sangat merendah diri kerana sejak kecil dia sering dihina kerana wajahnya.

Muszahri pula lelaki yang punyai segalanya tetapi tidak pandai menyatakan rasa hati dan kekok bergaul dengan wanita. Dia menerima cadangan ibunya untuk memperisterikan Syifa namun  tidak diketahuinya Luna gadis pemilik salun di bawah tingkat pejabatnya tidak dapat menerima hakikat Muszahri akan berkahwin dengan gadis lain. Selama ini Luna cuba memikat Muszahri tetapi lelaki itu buat tak tahu saja.

Luna sakit hati lalu cuba memporak perandakan rumahtangga Muszahri dengan meracuni fikiran Shifa. Sungguh hati Syifa berbelah bagi apatah lagi selepas berkahwin suaminya bersikap dingin dan langsung tidak menghargai kewujudannya. Syifa jadi bingung dengan nasibnya.

Namun satu kemalangan membuatnya koma dan menyedarkan Muszahri tentang kelemahannya memberi bahagia kepada isteri yang dicintainya. Dia telah disalahertikan oleh adiknya sendiri. Bangun dari koma Shifa hilang ingatan. Anehnya dia langsung tidak mengenali Muszahri.

Mampukah Muszahri menebus kesilapannya dengan merebut kembali hati Syifa?

p/s: cerita ni hepi ending tau...hehehe...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org