Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

18 June 2012

Sang Pemimpi

Tajuk: SANG PEMIMPI
Penulis: Andrea Hirata (Indonesia)
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd (versi Malaysia)
Tebal: 234 m/s

Serius. Novel ini benar-benar pembangkit semangat dan dalam masa yang sama sangat lucu!

Aku amat menyukai buah tangan Andrea yang kedua dari tetralogi Lasykar Pelangi ini. Walaupun ia tidak setebal mana, namun ceritanya padat dan aku membacanya bersama linangan air mata dan ketawa yang tertahan.

Dalam Sang Pemimpi kita akan menyorot tentang Ikal, Arai dan Jimbron. Kisah-kisah yang berlaku adalah diseputar kehidupan mereka dengan watak-watak lain pelengkap jalan cerita Sang Pemimpi yang begitu menyentuh hati.

Baca saja saat Ikal menceritakan tentang sifat pelindung Arai yang bertingkah seperti abang  dan tentang reaksi ayahnya menerima laporan buku kemajuan sekolah mereka yang menurun. Sebak ya.

Namun dalam keperitan mereka meniti kelangsungan hidup yang serba kekurangan di Belitong tak kurang juga peristiwa-peristiwa menggelikan hati yang berakibat dari kenakalan mereka.

Aku tertawa terpingkal-pingkal saat membaca kisah mereka tertangkap dalam panggung wayang oleh Pak Mustar gara-gara menonton filem dewasa murahan yang tidak sesuai untuk anak-anak sekolah. Lalu mereka didenda melakonkan babak dalam filem tersebut di perhimpunan sekolah!

Betapa malu dan gementarnya Ikal bila terpaksa melakonkan watak perempuan seksi si orang gaji yang akan diperkosa majikannya. Manakala Jimbron begitu bersunguh-sungguh dengan wataknya sebagai sang majikan yang galak. Arai pula disuruh jadi anjing pudel si orang gaji...wataknya cuma menyalak-nyalak  melihat 'tuannya' di gomol 'sang majikan'. Seisi sekolah ketawa terbahak-bahak menonton 'hiburan' yang julung-julung kali itu. Hahahaha...

Namun yang mengesankan tentang buku ini ialah semangat jitu Ikal dan Arai meraih mimpi yang nampak sangat tak mungkin bila dibandingkan dengan keadaan mereka yang melarat. Mereka bermimpi untuk belajar sehingga ke universiti. Mereka ingin belajar hingga sampai ke barat. Ke Perancis. Lalu mereka melempar nasib sendiri sehingga belayar meninggalkan Belitong demi mencapai mimpi itu.

"Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati..."
"Kita tidak akan mendahului nasib!!!"
"Kita lakukan yang terbaik di sini!! Dan kita akan berkelana menjelajah Eropah sampai ke Afrika!! Kita akan belajar di Perancis!!...Apapun yang terjadi!!"

1 comment:

Zul n Azizi Boarding Pets said...

Assalamualaikum,

kami ada buat segmen untuk sicomel...jomlah join ye...
http://mylovely-cats.blogspot.com/2012/06/segmen-makanan-sihat-anak-bulusku.html

Kami dah follow....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org