Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

15 March 2013

Aku Bercerita


Tajuk: AKU BERCERITA
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Tebal: 601 m/s

"Kadangkala sesebuah cerita melangkaui batas fikiran"

Secara jujurnya aku amat menyukai naskhah Ramlee yang ini. Cukup kreatif dan lain dari yang lain! Setiap cerita-cerita yang tercetak di dalamnya berdiri sendiri dengan pemangkinnya cuma  watak 'aku'.

Kisahnya amat misteri bila seorang penulis merasakan ada orang lain menulis dengan menggunakan laptopnya. Setiap cerita tersebut dicurinya dengan alasan ia berada dalam komputernya sendiri. Rentetan itu beberapa perkara aneh terjadi ke atas dirinya.

Cerita-cerita pendek yang diambilnya sangat menarik. Setiap cerita memberi kejutan dihujung-hujung kisah. (Aku baca sampai habis dan tak keluar ke mana-mana pun waima ke tandas! ngeh ngeh ngeh). Kisah 'Bunian', 'Culik', 'Cinta matiku', "Sang Kancil' dan 'Cut' mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Sampailah diakhir cerita ada lagi satu cerita yang tersembunyi.

"Kau hampir-hampir menyerupai aku tapi kau bukan aku".

Jadi siapa 'aku' ?

1 comment:

Dibah Shokri said...

Assalamualaikum :) Jom jom visit blog Dibah, nak introduce satu produk best punya. Hihihi.

http://dibahspa.blogspot.com/2013/03/natural-aqua-cure-gel-best-exfoliater.html


Thank you :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org