Blog Utama Ketua Pengawas

senarai pemegang kad library (^__^)v

15 March 2013

Sha dan Shah



Tajuk: SHA & SHAH
Penulis: Sha Ibrahim
Penerbit: Kaki Novel
Tebal: 761 m/s

"andai jodoh ini tidak berpanjangan...
izinkan aku terus menjadi sahabatmu"

Farisha (Sha) gadis berkarier yang bersahabat karib dengan playboy idaman wanita, Fariz Ameerul Shah (Shah). Bagi Shah pula Sha satu-satunya sahabat masa kecilnya yang paling memahaminya. Sayangnya pada Sha bukan calang-calang lantas dia merayu dengan rakannya itu supaya mereka berkahwin. Cara ini saja Shah rasa selamat dan tidak terkongkong dengan wanita yang tidak dikenalnya sebagaimana dia mengenali Sha.

Pada mulanya Sha keberatan dengan pujukan tak masuk akal itu namun kerana kasihan dia menurut. Selama enam bulan mereka tinggal seperti rakan serumah dan menjalani hidup dengan haluan masing-masing. Lama-kelamaan perasaan antara mereka mula berubah. Angin yang bertiup bertentangan dulunya kini bergerak seiring. Apatah lagi muncul Iskandar yang cuba merampas Sha. Dan muncul pula Atilia yang menjadi obses dengan Shah.

Ketika kasih sayang dan cinta sedang memuncak, dugaan mula berdatangan. Sampai Shah hilang sahabat baiknya sendiri dan Sha pula mengayam luka di hati.

" Mulai hari ini, Farisha yang sedang berdiri di depan awak adalah isteri awak semata-mata, bukan kawan atapun sahabat baik awak lagi. Itu yang awak nak, kan? So, mulai saat ni, saya tunaikan permintaan awak, Shah."

Bagi aku novel ini biasa saja. Agak sama dengan kebanyakkan novel cinta di pasaran. Cuma kemesraan suami isteri antara Sha dan Shah bahasanya agak meleret sampai aku skip sikit. Rasanya kalau penulis menumpukan kepada jalan cerita yang padat dan tidak mendatar pasti novel ini lebih umpph! Persahabatan antara Sha dan Shah tidak menonjol lansung dan cuma diungkap sikit saja melalui sedikit imbasan dari watak Sha. Aku tak dapat feeling tentang 'persahabatan' mereka.

Tetapi tak apa. Citarasa orang kan berbeza. Sesiapa yang meminati genre jenis ini boleh baca sambil makan keropok dan minum nescafe. Mungkin pandangan anda lain pula. Heheheh....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping busuk.org